Home
Shah Rukh Khan
Showing posts with label Shah Rukh Khan. Show all posts
Showing posts with label Shah Rukh Khan. Show all posts
Artis - Artis Bollywood Yang Menyambut Ramadhan dan Aidilfitri Pada Tahun Ini.
Pastinya ada sedang gembira menjalani ibadah puasa dan bertarawih sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagi artis Bollywood yang beragama Islam, mereka juga bergembira meraikan kedatangan Ramadhan dan juga bakal menyambut Aidilfitri (Eid Mubarak) dengan meriahnya nanti.
Jom tengok siapa artis yang anda minat sedang menjalani ibadah puasa sempena kedatangan Ramadhan.
Aamir Khan
Walaupun kedua - dua perkahwinannya itu bersama wanita beragama hindu, beliau bersama kedua dua anaknya tetap mengamalkan kehidupan cara Islam.
Khabarnya beliau pernah menunaikan haji ketika menemani ibunya beberapa tahun lepas.
Shah Rukh Khan
SRK juga menyambut Ramadhan dan Eid Mubarak dengan penuh semangat walaupun isterinya Gauri masih beragama Hindu.
Salman Khan
Salman Khan mengatakan bahawa beliau menganuti 2 agama iaitu Hindu dan juga Islam. Jadi Ramadhan beliau tetap diraikan bersama keluarganya.
Imran Khan
Anak saudara Aamir Khan ini walaupun berkahwin dengan wanita Hindu, tetap menyambut Eid Mubarak setiap tahun.
Saif Ali Khan
Kareena Kapoor masih tetap dengan agama Hindu walaupun sudah berkahwin dengan beliau, jadi keluarga Saif bersama anak - anaknya sahaja yang menyambut Ramadhan dan Aidilfitri dengan meriah.
Sharmila Tagore
Ibu kepada Saif Ali Khan ini memeluk Islam sewaktu berkahwin dan terus menerus mengamalkan cara hidup Islam sehingga kini.
Amrita Singh
Bekas isteri Saif Ali Khan ini juga memeluk Islam ketika berkahwin. Beliau masih terus menyambut Ramadhan pada tahun ini.
Mamta Kulkarni
Mamta dikhabarkan baru memeluk agama Islam pada tahun ini setelah berkahwin. Semoga Ramadhan pertama beliau menjadi kekuatannya.
Arbaaz Khan
Adik kepada Salman Khan yang juga seorang direktor filem - filem hit ini walaupun berkahwin bersama wanita berugama kristian, beliau tetap menunaikan tanggungjawabnya pada bulan Ramadhan dan menyambut Eid Mubarak dengan gembira.
Zyed Khan
Bekas adik ipar kepada Hritik Roshan ini memangnya menyambut Eud Mubarak dengan meriah semenjak kecil.
Ayesha Takia
Beliau memeluk Islam ketika berkahwin dengan sorang anak pemilik restoran. Kini menjalani ibadah puasa dengan nikmat.
Fardeen Khan
Sohail Khan
Irfan Khan
Naseeruddin Shah
Siapakah penyanyi sebenar lagu - lagu didalam Dilwale?
Diwale sebuah filem yang berhantu, walaupun sudah keluar di HyppTV baru baru ini, masih lagi demamnya hebat umpama masih lagi ditayangkan di pawagam. Maka sebab tu nak cerita lagi tentang filem ini tapi kali ini tentang dua lagu berhantunya iaitu Janam Janam dan Gerua. Di You Tube sahaja setakat ini, lagu Gerua saja mendapat lebih 87 juta tontonan sementara lebih 28 juta pula tontonan untuk lagu Janam-janam.
Tak dinafikan dua lagu ni makin lama didengar makin sedap hingga boleh terngiang-ngiang di telinga. Tambah pula bila tengok video klip dua lagu ini. Memang meremang bulu roma bila melihat Shah Rukh Khan dan Kajol beraksi. Lagi - lagi Kajol yang membuat comeback dengan rupa paras yang sungguh jelita untuk kategori makcik - makcik.
Tapi anda perlu tahu, bukan mereka berdua yang menyanyi kesemua lagu - lagu didalam filem itu. Jadi siapa empunya suara yang cukup indah dan mendayu-dayu ini?
Inilah beliau orangnya. Kedua lagu Janam-janam dan Gerua ini dinyanyikan oleh Arijit Singh dan juga Antara Mitra.
Arijit Singh
Beliau merupakan seorang pemuzik dan juga penyanyi latar untuk kebanyakkan filem Bollywood. Beliau memang dikenali dengan lagu-lagu cinta dan digelar sebagai penyanyi romantik terbaik Bollywood. Bakatnya menyerlah dengan lagu Tum Hi Ho dari filem Asshiqui 2 (movie romantik yang paling best!) yang turut membolehkan beliau menerima anugerah Best Male Playback Singer dalam 59th Film Fare.
Dari situ namanya melonjak naik sehingga suaranya sering kali digunakan untuk lagu-lagu dalam filem yang jika mahu disenaraikan cukup panjang sekali. Sengaja mengekalkan imej berjambang, Arijit Singh ini memang seorang penyanyi yang dikirakan sangat berjaya di Bollywood.
Menurut Forbes's Celebrity 100 List, beliau mempunyai pendapatan US 2.8 juta Dollar pada tahun 2015. Hebat kan?
Menurut Forbes's Celebrity 100 List, beliau mempunyai pendapatan US 2.8 juta Dollar pada tahun 2015. Hebat kan?
Suara penyanyi wanita pula ialah milik Antara Mitra. Seperti Arijith Singh, beliau juga merupakan penyanyi dan penyanyi latar untuk filem Bollywood. Gadis berusia 28 tahun, Antara Mitra merupakan salah seorang peserta Indian Idol tahun 2006 yang menjadi pembukaan penglibatannya didalam bidang seni.
Penyertaan dalam rancangan realiti Junoon pada umur 18 tahun membolehkan beliau mengembangkan kariernya meskipun tidak menang. Berikutan dari itu, ia membolehkan suaranya menjadi latar untuk hampir 20 buah filem termasuk yang terhangat Diwale.
Selain Janam Janam dan Gerua dalam filem Diwale beliau yang juga dipanggil Gerua Girl menyanyikan satu lagi lagu iaitu Manma Emotion.
Selain Janam Janam dan Gerua dalam filem Diwale beliau yang juga dipanggil Gerua Girl menyanyikan satu lagi lagu iaitu Manma Emotion.
Anak - Anak Artis Bollywood Terbaru!
Anda pastinya dah melihat gambar - gambar yang kami kongsi kan di FB - Kisah Bollywood yang menampilkan pelbagai artis Bollywood bersama anak mereka.
Kebanyakkannya itu ialah gambar lama, kini kami ingin update beberapa gambar terbaru mereka.
Jom tengok!
Shah Rukh Khan
Hritik Roshan
Aamir Khan
Kebanyakkannya itu ialah gambar lama, kini kami ingin update beberapa gambar terbaru mereka.
Jom tengok!
Shah Rukh Khan
Aryan Khan (kiri, bersama rakan - rakannya)
Suhana Khan bersama Karan Johar
Aamir Khan
Azad Khan - bersama isteri beliau Kiran Rao
Dari perkahwinan pertama beliau bersama Reena Dutta.
Anak sulung Aamir Khan - Junaid Khan
Anak kedua beliau - Ira Khan
Arjun Rampal
Akshay Kumar & Twinkle Khanna
Anak sulung - Aarav Kumar
Anak kedua - Nitara Kumar
Nak lagi? Anda beritahu kami kalau mahukan lagi update tentang anak - anak artis Bollywood terkini!
Fan - Official Trailer #2
Trailer ini yang memberi gambaran sebenar filem FAN ini.
Ianya mengisahkan seorang peminat Aryan Khanna (SRK) yang terlalu obses padanya hinggakan mula menunjukkan ciri - ciri keganasan selepas ditegur pujaannya itu. Satu demi satu kejahatan dilakukannya untuk memberikan dirinya kepuasan atas sakit hatinya itu.
Bagaimanakah pengakhirannya.. kena tonton di pawagam berdekatan.
Fan - Official Trailer
Nampak macam ceria sahaja jalan ceritanya kan.. tetapi agak scary sebenarnya.
Apapun SRK yang membawakan 2 watak dalam movie ini nampak macam bebetul 2 orang berlainan kan?
Biodata Shah Rukh Khan (SRK) #3

Kehidupannya semasa sekolah:
Sama seperti sekarang, beliau ialah seorang yang fokus dan hardworking.
Beliau ialah seorang murid yang pandai namun agak nakal. Guru - gurunya selalu memanggilkan si 'syaitan' yang manis dengan senyuman. Ada juga yang memanggilnya 'iblis kecil'.
Saat paling menyedihkan :
Apabila kedua ibu bapanya meninggal. Katanya hingga kini beliau masih bersedih dan tidak dapat menerima hakikatnya.
Saat paling menggembirakan :
Ketika berkahwin bersama kekasih hatinya Gauri dan mendapat award Filmfare.
Paling benci :
Penipu
Paling hormati :
Mother Teresa
Tagline kesukaan :
Let's Do it.
Pencapaian terbaik :
Kemua award yang dimenanginya.
Satu bakat yang ingin anda perolehi :
Bermain gitar. Kononnya kalau beliau pandai, bila menghadiri mana - mana majlis boleh lah menunjukkan kebolehannya bermain gitar, Beliau rasa ianya sangat cool.
Jika dilahirkan semula :
Ingin menjadi seorang penyanyi, tapi bukan penyanyi rock.
![]() |
| via : deccanchronicle.com |
Tempat yang menggembirakan anda :
Di bilik computer dan bilik tidur.
Beliau tidak boleh memilih yang mana satu. Beliau berasa gembira semasa berada dikedua - dua tempat ini. Beliau berasa aman semasa bersandar dikatil dan berborak dengan isterinya Gauri.
Saat menggembirakan ketika bersekolah :
Beliau ada geng seramai 4 orang yang menggelarkan diri mereka Geng C. Ini kerana kesemua mereka dari sektor Mereka masih berkawan rapat dan berhubungan sehingga kini.
Hubungan bersama guru - gurunya :
Amat menghormati gurunya terutama Brother Eric D'Souza. Seorang yang baik hati yang telah mengajar beliau cara untuk menghayati kehidupan dan pelbagai selok belok untuk berjaya. Katanya Brother Eric selalu menyuruhnya berhenti merokok, kerana kata beliau orang yang merokok ialah mereka yang tidak bersemangat.
Binatang kesayangan :
Anjing beliau Dash yang baru saja mati pada tahun lepas 2015.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)




































