Siapakah penyanyi sebenar lagu - lagu didalam Dilwale?



Diwale sebuah filem yang berhantu, walaupun sudah keluar di HyppTV baru baru ini, masih lagi demamnya hebat umpama masih lagi ditayangkan di pawagam. Maka sebab tu nak cerita lagi tentang filem ini tapi kali ini tentang dua lagu berhantunya iaitu Janam Janam dan Gerua. Di You Tube  sahaja setakat ini, lagu Gerua saja mendapat lebih 87 juta tontonan sementara lebih 28 juta pula tontonan untuk lagu Janam-janam.




Tak dinafikan dua lagu ni makin lama didengar makin sedap hingga boleh terngiang-ngiang di telinga. Tambah pula bila tengok video klip dua lagu ini. Memang meremang bulu roma bila melihat Shah Rukh Khan dan Kajol beraksi. Lagi - lagi Kajol yang membuat comeback dengan rupa paras yang sungguh jelita untuk kategori makcik - makcik.

Tapi anda perlu tahu, bukan mereka berdua yang menyanyi kesemua lagu - lagu didalam filem itu. Jadi siapa empunya suara yang cukup indah dan mendayu-dayu ini? 

Inilah beliau orangnya. Kedua lagu Janam-janam dan Gerua ini dinyanyikan oleh Arijit Singh dan juga Antara Mitra. 

Arijit Singh



Beliau merupakan seorang pemuzik dan juga penyanyi latar untuk kebanyakkan filem Bollywood. Beliau memang dikenali dengan lagu-lagu cinta dan digelar sebagai penyanyi romantik terbaik Bollywood. Bakatnya menyerlah dengan lagu Tum Hi Ho dari filem Asshiqui 2 (movie romantik yang paling best!) yang turut membolehkan beliau menerima anugerah Best Male Playback Singer dalam 59th Film Fare.

Dari situ namanya melonjak naik sehingga suaranya sering kali digunakan untuk lagu-lagu dalam filem yang jika mahu disenaraikan cukup panjang sekali. Sengaja mengekalkan imej berjambang, Arijit Singh ini memang seorang penyanyi yang dikirakan sangat berjaya di Bollywood.

Menurut Forbes's Celebrity 100 List, beliau mempunyai pendapatan US 2.8 juta Dollar pada tahun 2015. Hebat kan?



Antara Mitra



Suara penyanyi wanita pula ialah milik Antara Mitra. Seperti Arijith Singh, beliau juga merupakan penyanyi dan penyanyi latar untuk filem Bollywood. Gadis berusia 28 tahun, Antara Mitra merupakan salah seorang peserta Indian Idol tahun 2006 yang menjadi pembukaan penglibatannya didalam bidang seni.

Penyertaan dalam rancangan realiti Junoon pada umur 18 tahun membolehkan beliau mengembangkan kariernya meskipun tidak menang. Berikutan dari itu, ia membolehkan suaranya menjadi latar untuk hampir 20 buah filem termasuk yang terhangat Diwale.

Selain Janam Janam dan Gerua dalam filem Diwale beliau yang juga dipanggil Gerua Girl menyanyikan satu lagi lagu iaitu Manma Emotion.


Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment