Berbeza dengan sepupunya Kajol, Rani sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuklah percintaannya bersama suaminya Aditya Chopra yang ketika itu masih mempunyai isteri. Namun setelah berkahwin, pada penghujung tahun 2015 beliau telah dikurniakan seorang anak perempuan. Namun gambar anaknya itu masih belum pernah keluar dimana-mana media lagi.
Namun bakatnya yang sangat hebat itu telah mengatasi segalanya hinggakan beliau kerap memenangi anugerah dari pelbagai Festival Filem di India.
Nama penuh : Rani Mukherjee
Nama panggilan : Khandala Girl, Baby
Gambar terbaru selepas melahirkan anak.
Warganegara : India
Pekerjaan : Pelakon
Tarikh Lahir : 21 Mac 1978 (38 tahun)
Tinggi : 5' 3"
Suami : Aditya Chopra (sejak 2014)
Tempat Lahir : Kolkata, West Bengal, India
Pendidikan : Mithibai College, Mumbai
Anak : Adira Chopra (Lahir pada 9 Disember 2015) - gambarnya masih belum ada dimana - mana lagi.
Bapa : Ram Mukherjee (Pengarah Filem)
Ibu : Krishna Mukherjee (Penyanyi latar filem)
Abang : Raja Mukherjee (Pengarah dan Produser)