Mohenjo Daro - Official Trailer


"Mohenjo Daro" mengisahkan tentang seorang petani yang jatuh cinta dengan seorang anak pendeta yang merupakan tunang kepada anak musuh utamanya. Petani ini bernama Sarman (Hrithik Roshan) selalu didatangi mimpi yang aneh meminta kepada bapa angkatnya untuk pergi ke Mohenjo Daro iaitu sebuah kota.

Mohenjo Daro merupakan sebuah kota kuno terbesar di sungai Indus. Setibanya beliau di sana, Sarman telah jatuh cinta kepada seorang gadis bernama Chaani (Pooja Hegde) kononnya seorang wanita yang dipilih sebagai simbol keberkatan Dewi Sungai di Mohenjo Daro.

Namun tidak lama kemudian, Sarman bertemu dan memberontak kepada Maham (Kabir Bedil) dan anaknya Moonja (Arunoday Singh) yang berniat merebut kekuasaan atas kota Mahenjo Dao. Sarman pun harus berjuang untuk menyelamatkan penduduk kota dan memenangkan hati Chaani.

Filem ini merupakan arahan sutradara Ashutosh Gowariker yang pernah mengarahkan filem terkenal Lagaan, Jodha Akhbar, Swades dan banyak lagi!

Film ini dibintangi oleh Pooja Hegde, Hrithik Roshan, Arunoday Singh dan Kabir Bedi.

Pendapat kami yang telah menonton filem ini, ianya sangat berkualiti dari segi sinematografi dan juga animasinya. Hritik Roshan yang kini amat memilih dalam membintangi filem - filem terbarunya, mengambil langkah bijak dengan menjadi pelakon utama filem sejarah ini. 

Kemunculan pelakon baru Pooja Hegde yang persis Kim Kardashian itu sangat pandai melakonkan wataknya Chaani dengan bersahaja. 

Mungkin ianya tidak sehebat Filem Tamil Klasik Bahubali, namun bila anda menonton keseluruhan kisah ini sehingga habis, ada satu rasa kepuasan setelah satu demi satu rahsia terbongkar dan kebijaksanaan Sarman membantu keseluruhan penduduk Mohenjo Daro.




Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment