Bajrangi Bhaijaan - Official Trailer



Bila Dilwale ditayangkan, ramai sudah mula membandingkan antara kedua cerita ini. Mula ditayangkan di pawagam pada Hari Raya 2015 cerita ini mula mendapat tempat dihati peminat Bollywood di Malaysia selepas Disember 2015 iaitu selepas Dilwale ditayangkan.

Mengisahkan  seorang gadis Pakistan dari wilayah Azad Kashmir, Shahida (Harshaali Malhotra) terpisah dari ibunya sekembalinya mereka dari India. Tujuan mereka ke India ialah untuk membuat hajat bagi menyembuhkan beliau yang tidak boleh bercakap. Ketika terpisah di India, Shahida bertemu dengan Pawan Kumar Chaturvedi (Salman Khan) yang dikenal sebagai �Bajrangi�, seorang penganut Dewa Hanuman. 

Kisah mereka pun bermula walaupun ada bermacam rintangan yang melanda seperti masalah perbezaan agama hinggalah ke konflik kedua negara. Selepas ditipu oleh satu pihak yang ingi menjual anak kencil ini ke kancah pelacuran, Pawan bertekad untuk memulangkan Shahida (kemudian dipanggil �Munni�) sendiri kembali ke Pakistan walaupun pelbagai masalah lagi menanti mereka.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment